RAKAN ALAM SEKITAR

Kepentingan alam Sekitar Tanggungjawab Bersama

SAVE OUR ENVIRONMENT

Take nothing but pictures. Leave nothing but footprints. Kill nothing but time. ~Motto of the Baltimore Grotto, a caving society

EARTH

We do not inherit the earth from our ancestors, we borrow it from our children. ~Native American Proverb

RECYCLE

Approximately 60% of our rubbish thrown away today could be recycled.

LONG TERM EFFECTS

"What we do today, right now, will have an accumulated effect on all of our tomorrows." — Alexandra Stoddard

Tuesday 16 October 2012

PROGRAM AMAL BERSAMA ANAK YATIM BAITUL MAHABBAH

Suasana di rumah Anak Yatim Baitul Mahabbah



Assalamualaikum w.b.t.  Syukur kepada Allah s.w.t kerana kelab Rakan Alam Sekitar UPSI telah diberikan peluang untuk menjalankan aktiviti pertama bagi semester 1 sesi 2012/2013. Program Amal Bersama Anak Yatim Baitul Mahabbah telah dilaksanakan pada  7 Oktober 2012. Nabilah Komaruddin telah diberikan tanggungjawab sebagai pengarah program Amal Bersama Anak Yatim Baitul Mahabbah. Program ini telah disertai oleh ahli kelab RAS dengan dibantu oleh beberapa pelajar UPSI yang menjadi sukarelawan. Antara aktiviti yang dijalankan semasa program ini ialah sukaneka dan gotong-royong membersihkan kawasan rumah anak yatim.

Monday 30 April 2012

PERKAMPUNGAN HIJAU 2012 (PH '12)

Alhamdullilah segala puji kepada ALLAH s.w.t kerana mempermudahkan urusan Rakan Alam Sekitar Universiti Pendidikan Sultan Idris (RAS UPSI) dalam program Perkampungan Hijau 2012 (pH' 12). Pada 27, 28 dan 29 april 2012, Rakan Alam Sekitar UPSI telah menjalankan program pH'12 dengan jayanya. Program tersebut dapat dibahagikan kepada beberapa slot iaitu forum, Visi Duta Kecil Bumi Hijau , recycle walk, dan kuiz sejahtera IPTA. Forum yang bertajuk '  Masih Selamatkah Bumi Ini Didiami Dari Perspektif Islam '  yang disampaikan oleh Ustaz Zamri yang terkenal dengan rancangan "Mari Mengaji" di tv9 mendapat sambutan yang baik.Moderator dari YDP Persatuan Pengajian Malaysia dan pensyarah UPSI Ustaz Hasbi menyokong memeriahkan lagi forum ini.

         Di samping itu, Visi Duta Kecil Bumi Hijau mendapat sambutan yang memberangsangkan dari sekolah sekitar selangor dan perak. Tahniah diucapkan kepada sekolah yang memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga. Semoga objektif untuk memberikan kesedaran kepada pelajar sekolah tercapai. Recycle walk dijalankan pada hari yang sama bermula pada pukul 2.00 petang. Aktiviti ini bertujuan memperkenalkan barang yang boleh dikitar semula dan menghargai alam sekitar agar tidak dicemari oleh sampah sarap.

          Slot yang terakhir untuk program ini ialah Kuiz Sejahtera Alam Sekitar yang disertai oleh pelajar IPTA dari beberapa negeri. Tahniah di ucapakan kepada pemenang dan berharap agar tidak pernah berputus asa untuk terus melibatkan diri dalam kuiz ini pada masa akan datang. Majlis penutupan Perkampungan Hijau 2012 (pH'12) digabung dengan pelancaran " Plastic Free Wenesday". Rakan Alam Sekitar UPSI mengucapkan jutaan terima kasih kepada tetamu, sekolah, IPTA, dan peserta yang terlibat.



Thursday 29 March 2012

Buletin 2 : keluaran MAC 2012

Monday 26 March 2012

Borang Penyertaan RECYCLE WALK

Borang Penyertaan Recycle Walk

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pengurus slot: Nur Hayati Bt Yusoff (014-3653267)

Tuesday 20 March 2012

Borang Penyertaan KUIZ IPTA

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More