Saturday 7 January 2012

KARNIVAL KEUSAHAWANAN UPSI



Pada 14-15 Disember 2011,  Exco Ekonomi Kelab Rakan Alam Sekitar telah menyertai gerai sempena Karnival Keusahawanan Universiti Pendidikan Sultan Idris anjuran Majlis Perwakilan Pelajar UPSI, dan Unit Kediaman Luar Kampus UPSI. Gerai yang diusahakan selama tiga hari ini menjual Popia, Ice Lemon Tea, Sirap Selasih dan Ais Krim.
    Exco Ekonomi yang diketuai Fasliatin Thazali dan Muhammad Azrin Azman merupakan exco yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti yang menjana pendapatan kelab. Melalui penyertaan ini, ahli RAS dapat menimba serba sedikit ilmu pengetahuan berkaitan perniagaan dalam masa yang sama meningkatkan kemahiran insaniah sepanjang menguruskan gerai jualan.
Tahniah juga diucapkan atas kejayaan memenangi tempat ketiga bagi kategori kebersihan dan keceriaan. Semoga dengan penyertaan ahli dapat meningkatkan kualiti dan nilai tambah dalam persediaan menjadi guru dan insan yang cemerlang.










0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More