Wednesday 11 January 2012

AKTIVITI MENGIRA LAMPU


     Setiap hari ahad pada pukul 8.30 pagi, semua ahli Kelab Rakan Alam Sekitar UPSI melaksanakan tugas dengan  membuat kiraan lampu kalimantan yang digunakan serta menutup lampu tersebut. Aktiviti ini dilaksanakan bagi mengurangkan penggunaan tenaga sekiranya terdapat pensyarah atau staf yang tidak menutup suis lampu. Jadi, setelah pengiraan dibuat, Dr Husni Ibrahim (pensyarah penasihat) akan membuat memo agar pensyarah atau staf UPSI bekerjasama menjimatkan tenaga. Lampu kalimantang empat kali lebih cerah daripada mentol  walaupun kedua-duanya menggunakan kuasa watt yang sama. Malah ia juga tahan lapan kali lebih lama berbanding mentol. Lampu biasanya digunakan untuk pencahayaan dan menyumbang 10% atau kurang bagi keseluruhan jumlah bil elektrik. Kos ini boleh dikurangkan dengan menggunakan lampu cekap tenaga dan sentiasa bertindak celik tenaga. Contoh lampu 400W yang digunakan sebanyak 2-3 jam sehari akan menelan perbelanjaan sebanyak RM13.80 untuk tempoh sebulan.



PENGIRAAN LAMPU DALAM KAMPUS BERMULA AKHIR TAHUN 2011:

Tarikh Bilangan Lampu Terpasang
18 Disember 2011 201
25 Disember 2011 400

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More