Monday 30 April 2012

PERKAMPUNGAN HIJAU 2012 (PH '12)

Alhamdullilah segala puji kepada ALLAH s.w.t kerana mempermudahkan urusan Rakan Alam Sekitar Universiti Pendidikan Sultan Idris (RAS UPSI) dalam program Perkampungan Hijau 2012 (pH' 12). Pada 27, 28 dan 29 april 2012, Rakan Alam Sekitar UPSI telah menjalankan program pH'12 dengan jayanya. Program tersebut dapat dibahagikan kepada beberapa slot iaitu forum, Visi Duta Kecil Bumi Hijau , recycle walk, dan kuiz sejahtera IPTA. Forum yang bertajuk '  Masih Selamatkah Bumi Ini Didiami Dari Perspektif Islam '  yang disampaikan oleh Ustaz Zamri yang terkenal dengan rancangan "Mari Mengaji" di tv9 mendapat sambutan yang baik.Moderator dari YDP Persatuan Pengajian Malaysia dan pensyarah UPSI Ustaz Hasbi menyokong memeriahkan lagi forum ini.

         Di samping itu, Visi Duta Kecil Bumi Hijau mendapat sambutan yang memberangsangkan dari sekolah sekitar selangor dan perak. Tahniah diucapkan kepada sekolah yang memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga. Semoga objektif untuk memberikan kesedaran kepada pelajar sekolah tercapai. Recycle walk dijalankan pada hari yang sama bermula pada pukul 2.00 petang. Aktiviti ini bertujuan memperkenalkan barang yang boleh dikitar semula dan menghargai alam sekitar agar tidak dicemari oleh sampah sarap.

          Slot yang terakhir untuk program ini ialah Kuiz Sejahtera Alam Sekitar yang disertai oleh pelajar IPTA dari beberapa negeri. Tahniah di ucapakan kepada pemenang dan berharap agar tidak pernah berputus asa untuk terus melibatkan diri dalam kuiz ini pada masa akan datang. Majlis penutupan Perkampungan Hijau 2012 (pH'12) digabung dengan pelancaran " Plastic Free Wenesday". Rakan Alam Sekitar UPSI mengucapkan jutaan terima kasih kepada tetamu, sekolah, IPTA, dan peserta yang terlibat.



1 comments:

hebat la kakak dan abang2 ras yang tersayang

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More