Saturday 7 January 2012

MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN 2011 DAN PERASMIAN ALUMNI RAS

Buat julung-julung kalinya Kelab Rakan Alam Sekitar mengadakan Majlis Makan Malam Tahunan yang telah diadakan pada 26 Disember 2011 bertempat di Dewan Banquet B. E Learning UPSI. Majlis ini diadakan bertujuan meraikan ahli senior yang bakal bergraduat, menghargai usaha keras pensyarah penasihat dan ahli kelab sepanjang menjalankan tugas bersama-sama, memperkenalkan ahli baru dengan ahli lama, dan merasmikan penubuhan Alumni Rakan Alam Sekitar.
         Majlis yang diadakan dihadiri seramai 61 orang, sepuluh daripadanya adalah senior RAS yang diraikan. perasmian Alumni Rakan Alam Sekitar disempurnakan oleh Dr Husni bin Ibrahim, Pensyarah Penasihat kelab Rakan Alam Sekitar. Penubuhan Alumni ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kelab dengan ahli senior walaupun telah bergraduat dan menggalakkan pertukaran idea dengan senior yang lebih berpengalaman memandangkan mereka bakal bekerja.
      Sekalung penghargaan diucapkan kepada senior yang banyak berjasa sejak awal penubuhan RAS sehingga hari ini. Selamat bergraduat diucapkan daripada kami semoga bakal menjadi guru dan cemerlang dan berjaya dalam semua bidang yang diceburi.


Dewan Banquet B.E Learning
     Sepanjang majlis berlangsung:







Pengacara Majlis : Sahri dan Farhana yang petah berceloteh


Senior yang diraikan merangkap barisan Alumni Rakan Alam Sekitar.
Jasamu dikenang

Prince, Princess, King dan Queen malam tersebut. Tahniah!


Rakan Alam Sekitar 2011/2012.
Semoga ukhwah yang terbina berkekalan.
"KEPENTINGAN ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

6 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More