MISI
Memberikan kesedaran kepada masyarakat sekeliling termasuk mahasiswa mahasiswi serta para pelajar sekolah tentang kepentingan pengekalan kualiti alam sekitar dalam kehidupan. kesedaran ini diyakini dapat membantu memberikan bukan sahaja alam sekitar yang lebih sihat malahan menjamin kelestarian kualiti kehidupan masyarakat di negara kita. pada masa yang sama, diharapkan sifat mencintai alam sekitar dapat dipupuk dan ditingkatkan dalam diri setiap bakal lulusan graduan lulusan UPSI.
________________________________________________________________________
VISI
Menjadi pencetus kepada aktiviti-aktiviti yang dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat sekeliling tentang kepentingan penjagaan alam sekitar terutamanya dalam kegiatan seperti pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
_________________________________________________________________________
OBJEKTIF
- Menjadikan kelab sebagai satu medium untuk mengumpulkan mahasiswa mahasiswi yang berminat untuk mengekalkan kesejahteraan alam sekitar.
- Meningkatkan kesedaran setiap ahli dalam kelab tentang kepentingan menjaga alam sekitar dalam menjamin kelestarian kualiti kehidupan
- Menggalakkan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kesihatan alam sekitar dalam kalangan mahasiswa-mahasiswi UPSI, para pelajar sekolah dan juga masyarakat di sekeliling.
- Mendedahkan ahli-ahli kelab tentang aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kempen kesedaran penjagaan alam sekitar untuk diterapkan setelah bergraduat nanti