Saturday, 7 January 2012

KURSUS PEMANTAPAN KELAB RAKAN ALAM SEKITAR DAN BENGKEL CAKNA ALAM SEKITAR 2011/2012

Kursus pemantapan Kelab Rakan Alam Sekitar Anjuran Exco Sukan dan Rekreasi RAS telah diadakan pada 17 - 18 Disember 2011. Kursus selama dua hari ini bertujuan memupuk semangat berpasukan, dan semangat kekitaan "esprit-de-corp" dalam masa yang sama menggilap nilai-nilai penting dalam berorganisasi seperti kerjasama, ketrampilan dan komunikasi. 
Kursus yang bermula pada 2.00 petang 17 Disember 2011 dimulai dengan sesi ice-breaking dan pembentukan kumpulan beserta modul yang menguji kemahiran berfikir. Sesi disambung dengan acara sukaneka dan pada sebelah malam diadakan slot Pemantapan Organisasi dan Kenali Rakan Anda.
       Pada hari Ahad, 18 Disember 2011, semua ahli menjalankan tugas mengira dan menutup lampu di kawasan kampus yang bertujuan membina data pemasangan lampu pada masa yang tidak diperlukan. Data ini kemudian diemelkan oleh Pensyarah penasihat RAS, Dr Husni Ibrahim kepada semua staff dan pelajar bagi meningkatkan kesedaran dan mengurangkan pembaziran tenaga elektrik. Slot Pemantapan pada hari Ahad dikendalikan oleh Pensyarah Penasihat RAS, Dr Husni Ibrahim dengan modul-modul latihan dalam kumpulan yang bertemakan Kerjasama kumpulan , komunikasi dan keterampilan. 
       Turut diselitkan sesi Ceramah Alam Sekitar oleh Dr Husni Ibrahim dan pada sebelah petang, slot pemantapan organisasi dan pembentangan idea projek oleh ahli kelab dijalankan.
       Kursus ini berakhir pada jam 7.00 malam. Secara keseluruhannya, kursus ini berjaya mencapai objektif memandangkan respon positif yang diterima daripada ahli dan semangat kekitaan dan semangat berpasukan dilihat semakin menebal dalam diri setiap ahli. Semoga manfaat yang diperolehi daripada penganjuran kursus ini akan memberi kesan yang berpanjangan. Tahniah diucapkan kepada AJK Pelaksana atas penganjuran Kursus Pemantapan Kelab Rakan Alam Sekitar.


Sukaneka dan LDK
            
Sukaneka dan LDK

Sesi Modul LDK - Komunikasi
 

"Ice-Breaking"

Ceramah Alam Sekitar oleh Y. Bhg Dr Husni Ibrahim

"KEPENTINGAN ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More